Thursday 7 August 2014

PENGALAMAN KE STADIUM BUAT KALI PERTAMA: STADIUM SHAH ALAM (2011)

Tahun tu team kesayangan aku iaitu SELANGOR DARUL EHSAN ada game Piala Sumbangsih. Time tu aku masih lagi tengah demam bola disebabkan Malaysia baru saja menjulang Piala Suzuki pada tahun sebelumnya. Sedangkan sebelum ni tak pernah minat bola pun. Aku juga tak pernah tahu Selangor ada team bolasepak. Bila orang cerita pasal bola aku akan diam seribu bahasa. Manchester United ? apa tu?? Yang aku tahu ia cuma nama bagi sebuah kelab bolasepak yang mempunya lambang syaitan tersenyum sebagai jata mereka.


Okay, sambung cerita tadi. Pada pagi itu aku tengah makan tengah hari di depan televisyen. Ayah ku yang baru pulang bekerja bertanya pada kami sekeluarga samada kami mahu pergi ke stadium untuk menonton bolasepak bersamanya. Kami bersetuju tanpa mengetahui siapa yang akan berentap di stadium keramat Selangor itu.

Kami bergerak ke stadium pada pukul 4.30 petang. Kami bergerak awal kerana ayah kata jalan mungkin jam memandangkan ia merupakan perlawanan yang panas selain untuk merebut tiket perlawanan yang pasti akan habis dalam masa yang singkat.

Ketika dalam perjalanan ke sana kami terserempak dengan beberapa kumpulan penyokong Selangor yang berkonvoi ke stadium dalam jumlah yang ramai.

Kebanyakkan mereka berjersi kelab bolasepak Selangor, siap dengan mafla dan bendera Selangor.

Di perkarangan stadium aku dapat melihat lebih ramai penyokong Selangor dan Kelantan. Baru ku tahu rupanya Selangor akan menentang Kelantan pada malam itu. Penyokong mereka juga tidak kurang hebatnya.

Beberapa penyokong Selangor membawa gendang dan mula menyanyikan lagu-lagu semangat untuk pasukan Selangor.

Suasana di dalam stadium lebih menarik. Pertama kali aku melihat bahagian dalam stadium aku hampir menangis disebabkan rasa kagum melihat begitu ramai penyokong Selangor memenuhi kerusi
di stadium tersebut.

Malangnya Selangor kalah dengan jaringan 2-0. Kebanyakkan penyokong Selangor menangis pada malam itu. Aku dan ayahku tidak terkecuali. "KALAH MENANG ADAT PERMAINAN" kata ayahku.